Thursday, 14 February 2013

Langkaweeee...

Assalamualaikum...

Lame kita tak bersuakan, kali ni aku nak bercerita tentang Pulau Langkawi. Bukan apa, dalam beberapa hari ni, aku baru pulang dari Pulau Langkawi. So aku nak bercerita serba sedikit ape yang menari di pulau langkawi. Aku ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam, disana aku menginap di satu apartment, yang diberi nama, KONDO ISTANA, Kuah, kedah. Di Pulau Langkawi memang seronok. Tapi dari pandangan sisi aku, tempatnya biasa sahaja seperti ditempat-tempat lain yang terdapat dimalaysia. Contohnya Melaka, Kelantan. Suasana nya sama sahaja, bermacam-macam jualan seperti souvenir, baju, topi dan bermacam-macam lagi.

Aktiviti untuk hari pertama, kami melakukan Island Hopping, dimana kami dibawa ke setiap pulau di Langkawi seperti Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Di Pulau Dayang Bunting, Tempatnya sangat menarik dan teruja kerana, pulau itu di liputi dengan air laut, dengan tidak disangka kan lagi, di pulau itusendiri didalamnya terdapat sebuah tasik. tasik tersebut mempunyai cerita dan mitos tersendiri seperti jika pasangan yang belum dikurniakan anak, maka meraka harus kesana untuk mandi dan minum sedikit airnya, insya allah dengan izin nya akan dikurniakan. itu hanya mitos, segala ketentuan hanya allah sahaja yang maha mengetahuinya. Untuk akhir aktiviti, hari pertama, Sebelah malamnya kami semua mengadakan makan malam di Pantai Cenang. Dalam suasana makan malam kami juga dihiburkan dengan persembahan setiap kumpulan seperti LEMBAGA BELANJA, LAYAN JERK, KEPOHCI dan BEDOK.

Aktiviti untuk hari kedua pula, kami ke beberapa tempat di Pulau Langkawi seperti, kilang gamat, cabel car, Idaman Suri dan pergi ke bazar malam. Kalau ke Pulau Langkawi, jangan ketinggalan melawat kilang gamat, rugi siapa yang ketinggalan pergi kesana. Amat teruja sekali. Hajat aku tercapai nak pegang kawah gamat yang mendidih. Tidak dinafikan lagi, memang tidak panas sekali bila dipegang, seperti tidak rasa apa-apa bila disentuh. Selain ke kilang gamat, aku ke cabel car. Tempat yang kedua yang harus pergi, rugi kalau tak pergi adalah cabel car, memang seronok sangat. Bak kata orang putih awesome!!. Dari kita pandang mmg tak begitu menakutkan, tapi apabila kita dah naik dan berada didalam cabel car, amat menakutkan sekali. Suasana pandangan dari atas begitu seram sekali apabila melihat kebawah. Begitu gayat sekali. Tapi aku begitu seronok sekali. Hirup udara segar dan sejuk sekali. Rasa mahu duduk di atas sahaja. Tak de bunyi deruman enjin kereta, hingar bingar kota, begitu aman sekali bila berada diatas. Memang seronok sekali. Destinasi ketiga pula, kami dibawa ke Underwater World di Pantai Cenang, tempat nya seperti Akuaria, Kuala Lumpur, tempatnya biasa-biasa sahaja, tak ada lah yang menarik sangat kerana tempat seperti ini sudah biasa dilalui, di mana-mana tempat ada. Tak perlu la cerita banyak sangat. Kita ke destinasi ke empat, kami dibawa ke shopping complex Idaman Suri, didalamnya terdapat jualan coklat yang murah-murah dan pinggan mangkuk. Aku begitu rambang mata bila melihat coklat. Untuk tidak membazir, aku ambil ape yang termampu sahaja. Bak kata saving. Mana taknya, kalau kesana tak membeli coklat, mmg tak sah. Dikira wajib membeli. Untuk destinasi terakhir, kami ke bazar yang terdapat di kuah, tempatnya seperti bazar karat. Pada pandangan aku, tempatnya biasa-biasa jugak, tak de la yang menarik sangat. Kerana di Johor Bahru ada jugak tempat seperti ini tetapi tempatnya hanya sampai pukul 12 sahaja kerana waktu itu sudah tiada orang yang berjalan-jalan di sana, sunyi sepi. Bazar ini jugak dipanggil Bazar Haji Ismail.

Hari terakhir, kami bersiap-siap untuk pulang ke JB. Kebetulan nak ke jeti untuk pulang ke JB, kami singgah ke Dataran Lang, Langkawi. Seronok bila ambil gambar mercu tanda bagi Pulau Langkawi iaitu BURUNG HELANG. Begitu besar burung helang nya. Rugi sapa yang tak pergi melawat Dataran Lang ni. Dalam perjalanan kami pulang ke JB, kami singgah sebentar di Pekan Rabu untuk bershopping lagi. Tempatnya sama seperti di Melaka, Pasar Payang, Terengganu, Kota Tinggi. Yang menjual barangan kampung seperti Ikan pekasam, kuah rojak, jeruk-jeruk, kuih, kerepek, dodol, pakaian, souvenir dan bermacam-macam lagi. Ni aku nak bercerita la, bagi aku la, apa yang menarik di Pulau Langkawi adalah pergi ke kilang gamat, menaiki cabel car, dan mencari coklat. Memang best sangat, rugi sapa yang tak pergi. Dikira zon bebas cukai. Kat bawah ni, aku "attach" kan gambar-gambar yang menarik ketika aku berada di Pulau Langkawi.













Saturday, 2 February 2013

Satu peringatan dengan setiap kejadian...

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirahim...

Pertama kali aku nak tulis kat sini. Aku cuma nak memperingatkan untuk diri aku. Selagi kita hidup dan bernyawa, kita perlu lah menghargai ape yang telah diberikan olehnya. Jangan sesekali sia-siakan ape yang ada dan berdoa dan bersyukur.

Setiap kejadian dimuka bumi ALLAH ini mesti ada hikmah dan pengajaran yang perlu kita ambil dari ape yang berlaku. Seperti ape yang telah berlaku pada sekeliling aku. Pada hari khamis pagi, aku telah mendapat satu berita kematian dari kawan baik aku, timah yang mengatakan kawan sekolah aku yang bernama Aizat, telah pergi menyahut seruan ilahi. Tuhan lebih menyayangi dia. Malam itu juga aku menziarahi ke rumah arwah. Arwah mmg dah lama sakit, penyakit yang selama dilaluinya adalah Kancer Tulang. Dan punca, arwah boleh kena penyakit itu adalah disebabkan hanya terjatuh, masya allah!! Hanya kerana terjatuh, boleh menyebabkan satu penyakit yang teruk sekali. Walaupun aku tidak mengenali rapat dengan arwah tetapi aku tetap turut berduka cita dengan ape yang telah berlalu. Ape yang aku tak boleh terima kenyataan, dia terlalu muda. Kehidupanya masih panjang tetapi dia telah pergi menyahut seruan ilahi. Tuhan lebih menyayangi dia. So kita kene perlu redha dengan ape yang telah ditetapkan oleh nya.

Dan pada waktu yang sama juga, hari yang sama. Aku terima satu lagi berita buruk dan menyayat hati aku. jiran aku memerangkap kawan baik aku di timpa musibah, dimana abang kesayangan dia telah mengalami kemalangan yang terul sehingga terperosok dibawah lori membawa ais. Mungkin ketika itu dia terlalu mengantuk sehingga dia hilang kawalan ketika menunggang motorsikal. Waktu itu dia mahu pulang kerumah dari tempat kerja nya di senai. Bila diberitahu, keadaanya begitu amat kritikal sangat sehinggakan usus nya pecah, kakinya patah begitu juga tangan nya. Aku mendengar amat sedih sekali. Dan bila aku melihat sendiri dibili ICU, ya allah mmg betul-betul amat menyayat hati aku. Hanya tuhan sahaja yang tau betapa aku begitu sedih bila melihat abang kawan baik aku terlantar di hospital dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku sendiri tak sanggup untuk melihatnya. Bila aku aku melihatnya, aku begitu sedih kerana aku membesar depan dia. Aku dah anggap dia seperti abang aku sendiri. Ya allah, kuatkan la semangat dia untuk terus hidup demi keluarga dan anak-anaknya.

Lagi sekali, aku telah menerima satu berita kematian daripada kawan sekolah aku, fuaad. Dimana adik dia telah mengalami kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian. Lagi sekali aku amat terkejut, kerana menerima lagi satu berita kematian. Tadi dia ada beritahu kat aku, hanya arwah itu sahaja tulang belakang dia untuk jaga keluarganya ketika ketiadaanya keluar bekerja. Tapi tuhan lebih menyayangi dia. Dia telah pergi menyahut seruat ilahi.

Saat ini aku bertanya pada diri aku, kenapa sejak kebelakangan ini aku terima berita mengenai kemalangan dan kematian. Apakah ini petanda yang aku harus bersedia untuk menghadapi kematian dan redha dengan ketentuanya yang tidak mengira usia, tempat dan masa. Ya allah sesunggunya aku ini manusia kerdil yang penuh dengan dosa, ampunkan lah segala dosa-dosa ku dari perbuatan ku yang sengaja atau tidak sengaja, ya allah. Aku tahu, dimana aku telah terlalu banyak melakukan dosa tetapi aku hanya manusia kerdil yang alpa dengan duniawi ini. Jika aku diberi kesempatan, aku mahu meninggal ketika aku telah bertaubat denganmu dari segala perbuatan yang telah aku lakukan sebelum ini.

Walaupun aku banyak melanggar ape yang dilarang olehmu, tetapi aku masih mengingati mu dan mengingati segala ajaranmu. Dan aku masih memegang agamaku dan peganganku. Ok lah, aku dah terlalu banyak bercerita disini. Apa yang aku menaip sini hanya satu peringatan untuk diri aku sendiri. Dengan dia kita dinyawakan, dengan dia juga lah kita dimatikan. Maka kita perlulah bersyukur dan redha dengan kehendaknya. Dan semoga ape yang terjadi ini dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman dan bersedia untuk menghadapi kematian satu hari nanti.

Wassalam...