Sebenarnya dalam kehidupan kita ini terlalu banyak cabaran, rintangan dan dugaan yang datang pada setiap makhluk allah di muka bumi ini. Cuma kita sendiri yang perlu pandai mengatasi segala cabaran, rintangan dan dugaan yang mendatang. Kita kena pandai menempis segala anasir-anasir yang kurang baik di sekeliling kita. Dan kita juga, jangan lah terlalu meninggi diri sehingga menimbulkan perasaan yang kurang baik pada orang lain yang memandang kita. Kerana kehidupan kita, orang lain yang terbabit melalukan perkara dosa (Mengumpat, mengeji atau memaki).
Sebuah blog yang datang dari seorang gadis yang suka meluahkan apa yang dirasakan dan suka berbicara...
Wednesday, 30 January 2013
Gatal Tangan...
Sebenarnya dalam kehidupan kita ini terlalu banyak cabaran, rintangan dan dugaan yang datang pada setiap makhluk allah di muka bumi ini. Cuma kita sendiri yang perlu pandai mengatasi segala cabaran, rintangan dan dugaan yang mendatang. Kita kena pandai menempis segala anasir-anasir yang kurang baik di sekeliling kita. Dan kita juga, jangan lah terlalu meninggi diri sehingga menimbulkan perasaan yang kurang baik pada orang lain yang memandang kita. Kerana kehidupan kita, orang lain yang terbabit melalukan perkara dosa (Mengumpat, mengeji atau memaki).
Sunday, 27 January 2013
Kahwin oh Kahwin!!!
Wednesday, 23 January 2013
DAMYA HANNA...
Huh!! Akhirnya selesai jugak aku menghabiskab membaca novel dari penulisnya yang bernama DAMYA HANNA dan novel ni diberi tajuk INGIN BERKASIH LAGI.. Jalan cerita ini mengisahkan seorang gadis yang bernama Isyatul, dia seorang gadis yang ego dan degil kerana dia lebih senang mengikut kata hati tanpa memikirkan kesan buruk yg akan dihadapi. Dalam kehidupan die terlalu banyak kengkangan seperti kekangan dari ayah nya sendiri yang mahukan dia menuruti segala kemahuan dan kehendak nya ingin menjadi seorang doktor walhal, isya sendiri meminati dalam bidang seni. Dalan masa yang sama dia di kengkang keras oleh ayahnya untuk menerima cinta pada usia yang masih muda walaupun dia selalu dikejar-kejar oleh seorang lelaki yang bernama Burn atau nama sebenarnya Amrin. Dan Amrin sendiri telah berjanji dengan isya untuk berkahwin sehingga kan Isya belum tamat belajar lagi tetapi sudah dilamar oleh Amrin. Dari lamaran Amrin, ayah isya amat berdendam pada anaknya sendiri sehinggakan dia menolak lamaran pinangan dari amrin sehinggakan amrin begitu marah, kesal dan kecewa dengan tindakan keluarga isya walhal isya sendiri bersetuju terima lamaran dari amrin sehingga kan amrin membawa diri. Di antara amrin dan isya menjadi salah paham dan saling tuduh menuduh. Di suatu hari meraka dipertemukan semula, tetapi keadaan menjadi huru hara apabila amrin sudah mempunyai kekasih tetapi amrin tak menyintai kekasihnya. Die terpaksa kerana keadaan yang membuatkan die terima semua ini. Dalam masa yang sama die masih sayang dan cinta pada isya. Janjinya pada isya takkan padam. Amrin masih terkejar-kejar untuk meraih cinta isya. Dalam keadaan huru hara, isya telah di pertemukan dengan seorang jejaka yang bernama Najwan, mungkin dia dapat membuka hati isya untuk terima cinta seorang lelaki yang sebelum ini dia menutup pintu hati untuk lelaki lain. Amrin tetap berusaha untuk merayu-rayu cinta isya. Tetapi isya tetap dengan pendirianya untuk tidak menerima cinta amrin lagi. Setelah amrin berusaha meraih cinta isya, akhirnya isya terima juga. Dengan ego dan pendirian isya, die berubah hati dengan membatalkan pernikahannya yang last minit sehinggakan tok kadi sudah datang untuk menikahkan Mereka berdua. amrin beserta keluarga marah dan mengajukan saman malu pada keluarga isya sehinggakan ayah isya meninggal dunia secara mengejut dengan keputusan yang dibuat oleh anaknya sendiri dan amrin pula membawa diri entah kemana. Selepas itu isya di pertemukan semula dengan najwan dengan tidak sengaja dab saat itu la isya membuka segala isi hati yang telah di pendam selama ini. Sebenarnya dia sudah jatuh hati dengan najwan. Entah kenapa, ego dan pendirianya yang membuatkan die malu untuk meluahkan segala perasaannya. Dan dia pun tidak tahu sejak bila die jatuh cinta pada najwan. Maka isya menerima lamaran dari najwan. Setelah sekian lama najwan menunggu jawapan yang datang dari hati isya sendiri.
~TAMAT~
*Komen tentang novel ini.
"Novel ni sangat bagus dan lain dari novel Damya hanna yang sebelum ini. kerana kebanyakkan jalan cerita nya sama saja cuma di olah kan semula. Tapi untuk novel terbitan terbaru dari Damya Hanna yang bertajuk Ingin Berkasih Lagi. Amatlah menarik dan ada kelainan. Dan begitu berpuashati."
~Untuk cerita yang sebenar dan lebih jelas, lebih lanjut.. Silalah baca sendiri ye.. sy cuma bagi sipnosis sahaja supaya anda semua lebih semangat untuk membaca novel ini...~
Sunday, 20 January 2013
Kesunyian..
Kini hidup aku kembali sunyi.. Seperti tiada sesiapa disisi aku... Sedih!!!! (Sob.. Sob.. Sob..).. Tiada teman yang boleh berkongsi tentang isi hati dan perasaan.. Tiada teman yang boleh berkongsi cerita.. Aku sedar, aku hanya menumpang kasih pada orang yang sudi sahaja.. Ape yang perlu aku buat.. Aku sedih sangat saat ini.. Dan Ketika ini.. Aku seperti tiada siapa2.. Aku rasa seperti tiada semangat untuk terus lalui semua ini.. Lebih baik dr dulu aku buat tak tau jerk.. Tak de la jd mcm ni.. (sob.. Sob.. Sob..).. Kenapa?? muncul ketika aku dalam kesedihan.. Dan pergi ketika aku dalam kesunyian.. Aku perlukan teman.. Aku banyak benda nak bercerita tp... (Sob.. Sob.. Sob..).. Sedih gile la.. Aku nak menanges sepuas-puasnya.. Aku seperti tiada makna saat ni.. Sedih!! Sedih!! Sedih!!!.. Saat ini biarla kesedihan aku ni, aku yang rasa dan pendam keseorangan.. Biar la aku berdiam, sampai mati pun aku akan berdiamkan diri.. Hidup keseorangan tiada peneman disisi.. Biar la air mata ni menjadi saksi yang aku betul2 kesunyian... (Sob.. Sob.. Sob..)....
:( :( :( :(
Friday, 18 January 2013
Yok Menulis!!!
*kepada sesiapa yang sudi melihat dan membaca blog aku ni*
Lame aku tak menaip cerita kat blog aku ni. Almaklum la skang ni bz dengan decoration sana sini. Lepas angsana, plaza pelangi pastu galeria kotaraya pastu angsana balik. Habiskan masa aku dengan bekerja sahaja. Bagus juga kerana aku dapat menghabiskan masa aku dengan kerja tanpa memikirkan perkara yang lepas. Aku harap perkara yang lepas takkan menggangu konsentrasi aku terhadap kerja, yang baru aku duduki sekarang ini. Ape yang penting sekarang aku nak habiskan masa untuk bekerja dan mencari rezeki untuk masa hadapan aku. Aku nak pikir *lihat dibawah*. Tapi aku bersyukur kerana dapat Bekerja di company aku yang sekarang ini. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis aku disini. Harap-harap aku akan kekal disini.
Sunday, 13 January 2013
Happy sesangat untuk hari ini...
Hari ini aku begitu gembira sekali. Lagi pun sejak kebelakangan ini aku tak pernah dapat merasakan gembira mcm ini sekali. Aku berharap sangat, supaya aku dapat kebahagiaan ni selama nya.. Sebenarnya td aku ade keluar dengan seorang jejaka yang baru aku kenali melalui laman sosial tagged. Dikirakan hari ini first date untuk aku selepas dua bulan aku putus pertunangan aku dengan "JANTAN SIAL" yang tak berguna dan tak mengenang budi. Biar saja tuhan yang akan balas semua perbuatan dia. Berbalik semula cerita td. Jejaki ini lucu sangat orangnya. Pandai berlawak dan ape yang ada pada dia aku berkenan sangat. Aku tgk orangnya happy go lucky. Ciri2 karakter ada pada dia. Aku harap perkenalan antara aku dan dia berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Aku pun tak sanggup untuk kecewa lagi. Cukup la dengan ape yang aku lalui sebelum ini. Skang ni ape yang harus aku lalui. Aku hanya perlu bersabar dan berdoa agar ape yg aku lalui di redhai oleh Allah S.W.T.
Polkadot oh polkadot!!
Hari ini aku heppy gile pasal aku buat apam polkadot menjadi.. Happy gile2.. Tahap gaban gilenye.. Haha.. Mase ari tu aku buat tak menjadi sangat kerana tak de support untuk menjadikan die apam.. Cedih jgk dibuatnya.. Sob.. Sob.. Sob.. Tp kali ini aku buat menjadi.. Horray.. Aku leh jadi businesswomen yang berjaya (insya allah.. Satu hari nanti ye.. Akan termakbul jgk).. Kat bawah ni aku akan tunjukkan gambar apan yang sebelum dikukus dan apam yang sudah menjadi... Dan juga aku akan letak resepi cara untuk buat apam polkadot..
Cara-cara nak buat apam polkadot..
Bahan-bahan:
2 1/2 cawan - Tepung gandum
3 biji - Telur
3/4 cawan - Susu pekat
1 cawan - Gula halus
1 sudu kecil - Ovelatte
3 sudu kecil - Baking powder
1 sudu kecil - Esen vanilla
3 sudu kecil - pewarna (apa2 warna supaya dapat membezakan warna)
* Filling flavour (inti untuk apam polkadot) - perisa ikut rasa masing2
* Piping bag (untuk masukkan bahan diatas dan jugak inti apam polkadot)
* Acuan dan support untuk acuan
Cara-caranya:
1) Ambil gula halus, ovelatte dan telur dipukul rata dengan menggunakan mixer dengan kuasa sederhana sehingga bahan tersebut menjadi keputihan. Letak ketepi dahulu.
2) Ayak tepung gandum terlebih dahulu sebelum tepung gandum dimasukkan ke dalam bahan (1).
3) Masukkan esen dalam bahan (1) dan pukut rata. Dalam masa yang sama masukkan jugak susu pekat dan baking powder pukul sampai rata.
4) Baru lah masukkan tepung gamdum yang telah diayak terlebuh dahulu. ( make sure masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya tepung tak berselerakan). Gaul sampai rata.
5) Selepas kesemua bahan dah sebati barulah masukkan pewarna.
**jika mahukan 2 warna, maka buatlah cara yang sama supaya bahan tersebut sama rata tanpa dibahagi dua**
Cara membuatnya:
1) Masukkan bahan diatas dan juga inti apam polkadot kedalam piping bag.
2) Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih dalam masa yang sama masukkan bahan dan inti apam kedalam acuan.
3) Selepas mendidih masukkan acuan yang telah dibuat kedalam periuk pengukus dan tunggu sehingga 15-20 minit dan selepas kemudian itu angkat dan sejukkan
**itu sahaja cara2 untuk membuat apam polkadot.. Dan selamat membuatnya..
**Dibawah adalah gambat sebelum dan selepas..
Saturday, 12 January 2013
Keletihan yang teramat...
Sejak company aku ade buat event, buat decoration. Badan aku terasa letih sangat sehinggakan mata aku pun menjadi kabur. Tak tau la disebabkan ape. Aku menjadi risau. Takut terjadi ape2 pada diri aku ni. Harap2 perkara yang tidak di ingini tak berlaku pada diri aku ni. Berbalik pada decoration, tiap decoration mesti balik pagi. Nasib antibody aku kuat. Jarang sakit, kalau dah sakit, susah nak baik. Sebabnya aku mls nak mkn ubat. Skang ni badan aku terasa sakit2. Nak minta urut agaknya. Ada sesiapa yang boleh urutkan badan aku. Aku dah keletihan, kepenatan dan kesakitan. Sob... Sob.. Sob.. Sungguh menyedihkan. Tp yang buat aku tertanya knape tiap kali decoration mesti panggil aku. Die tak tau ke aku dah keletihan tahap dewa. Ya allah, ya tuhanku, tolong lah aku supaya kuat hadapi semua ni. Kuat segala cabaran dan dugaan ni dan berilah aku kesihatan selalu. Amin!!.. Semalam 11/01/2013 - decoration di Galeria @ Kotaraya dah selesai. Cuma tinggal kat Plaza Angsana sahaja. Bila la nak abis decoration ni. Nanti pejam celik, pejam celik dah nak dekat raya plak.. Men"deco" lagi. Tentu aku jugak yang dipilihnya. Aku suke bos aku pilih.. Sebab die tgh cara kerja aku. Tp aku pun ade tahap kepenatan. Takkan setiap deco nak abiskan masa sampai keesokkan paginya. Trus tak larat dibuatnya. Nak buat mcm mane, kita ni cuma pekerja jerk. Hanya menjalankan tugas yang telah diberi. Dan kita ni hanya pekerja yang makan gaji sahaja. Terima lah hakikat ini ye wahai Cik Princess Eriyani Andriana (bukan nama sebenar)... Hehehe..
*kat bawah ni aku tunjukkan gambar yang company aku buat decoration untuk GALERIA@KOTARAYA.. (selamat menikmati)*..
Cuma satu jerk.. Pasal yang lain tak sempat nak ambil..
Thursday, 10 January 2013
Satu penghormatan buat aku!!
"Ok boss, saya terima jawatan ini dengan penuh ikhlas dan saya akan lakukan dengan sebaik-baiknya dan tidak akan mengecewakan boss. Dan saya juga berjanji tidak akan berputus asa dan akan terus maju kehadapan tanpa menoleh kebelakang."
*Ini amanah aku pada diri aku, family dan Company aku (Adin Trading)*
Terima kasih bos kerana telah memberikan satu kepercayaan pada aku untuk memajukan diri dan begitu jugak campany ini. Aku akan anggap company ini adalah sebahagian dari pada hidup aku. Dan berterima kasih juga kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada aku untuk mendalami bidang sales.
Wednesday, 9 January 2013
Decoration oh Decoration!!
![]() |
Decoration Angsana - Depan |
![]() |
Decoration Angsana - stage |
![]() |
Decoration Angsana - Ruang Legar |
![]() |
Decoration Kapal di Muar |
Cerita.. Cerita.. Cerita..
Aku nak bcerita sedikit la.. Waktu ini 5:34pagi hari rabu aku baru saja balik dari angsana untuk decoration chineses new year.. Badan keletihan.. Mata dah bengkak tinggal nak cari bantal.. Sebelum tido aku ingat nak bercerita sedikit pasal dilema yang aku alami siang tadi.. Dengan hati terbuka dan ikhlas aku terima jugak tawaran dari big boss aku untuk serapkan aku ke SPC (Sales, Project and Contract).. Begitu gembira aku tgk big boss aku.. Die cakap aku ni ada pakej cuma perlu kembangkan bakat dan perlu berkeyakinan untuk berjumpa orang dan pantang menyerah keta berjumpa dengan orang... Mulai tahun ini 2013, bulan ini Januari.. Aku akan bukak lembaran baru... Kisah baru dan cerita baru.. Tanpa memikir sesiapa dahulu hanya fikirkan family sahaja.. Dan aku yakin yang aku boleh berjaya satu hari nanti.. Aku cuma perlu meminta sedikit dorongan dan kepercayaan pada diri aku.. Last sekali sebelum aku terlelap aku harap ape yang aku hajati akan termakbul.. Amin...
Tuesday, 8 January 2013
Aku dalam dilema!!!...
Ya allah, ya tuhan ku... Aku memohon petunjuk mu ya allah..
Monday, 7 January 2013
AKU SUKA DIA..
Aku suka dia.. Seperti lagu ana tasnim.. Hehe.. Tp bukan bermakna aku syg dia.. Tp tak tau la satu hari nanti kan.. Walaupun aku suka kat dia.. Tp kadang kala rindu kat dia.. Aku pernah berterus terang ape yang aku rasa tp aku cuma bgtau yang aku suka.. Mmg aku tak nafikan mmg aku suka.. Untuk rasa syg tu belum ada.. cuma bila die tiada aku rasa mcm ada sesuatu yang hilang dari pandangan dan rindu kat dia.. Ape yang patut aku buat ea.. Aku cuba buat tak tau dengan perasaan ni tp tak boleh.. Aku tau ape yang dia rasa.. Tp ini hanya anggapan aku la.. Antara aku dengan die hanya sebatas kawan sahaja tidak lebih dari itu.. Aku tau dan aku tak kesah semua itu.. Aku akan cuba lari dari kenyataan ini tanya mengaharapkan sesuatu.. Cuma ape yang boleh aku katakan.. Hanya berserah pada allah.. Kerana dia la yang tau jalan yang aku lalui sekarang ini.. Jika ia ditakdirkan.. Aku terima dengan hati yang terbuka dan tawaduk..
Tersentap!!!
Aku minat sangat dengan this guy, die seorang penyanyi dari spore, nama die Imran Ajmain. Aku tertarik dengan die kerana personaliti yang menarik dan bersopan santun. Bukan hanya itu sahaja, lagu die pun membuatkan aku tersentuh. Liriknya begitu tersentuh hati aku. Lagi satu aku suka lagu ini kerana, lagu ini ada makna bagi diri aku. Banyak perkara yang membuat aku bertahan dan merahsiakan segalanya dari pengetahuan orang lain. Tetapi akhirnya berkecai sudah segala harapan dan rahsia yang telah disimpan rapi. ini semua bukan kesalahan dari aku. Tapi kesalahan DIA. Aku harus sabar dan tabah untuk menempuh segala dugaan dan cabaran duniawi yang penuh dengan onak dan duri. Tapi aku masih bernasib baik kerana ada yang masih sayang aku, masih ada keluarga, kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kesejahteraan diri aku ini. Ok la, kat sini aku ada attachkan video Imran ajmain dan begitu jugak liriknya sekali. Selamat menonton dan menghayati litik ini.
Sesalanku pun bermula
Sepadannya usia
Puisi tak berlagu
Beza dia ketara tanpamu
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan
Tiada kata terkilan terbatas asa
Detik pun kian berlalu
Ku tahu luka itu perlu
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan
Ku bertahan ku bersabar
Menyimpan rahsia yang sebenar
Percuma saja berkorban
Dikalung kasihan padamu
Berbisik dengan hati
Apa erti cintaku
Berselindungkan yang ternyata
Lelah ku pun terbela
Terlerai kepedihan
Lelah ku pun terbela
Terlerai pedih lama