Tuesday, 22 October 2013

Bahasa Ibunda Orang Tua kita...

Asaalamulaikum dan Salam 1 Malaysia,

Di sini nak bercerita serba sedikit mengenai bahasa keturunan atau bahasa ibunda yang dibawa oleh orang-orang tua kita dahulu. Apa yang kita tahu skang ni seperti bahasa jawa, bahasa banjar, dan bahasa bugis. tak tahu la kalau ada bahasa-bahasa lain selain yang disenaraikan. Seperti keturunan saya sendiri terdiri dari keturunan jawa dan boyan (Indonesia). Kalau yang tak terbiasa dengan perkataan boyan tentu janggal bila menyebutnya kan. Ada sesetengah orang tidak tahu bahasa boyan datang dari negera mana. Disini saya ingin terangkan bahawa bahasa boyan datangnya dari Negara Indonesia di Bahagian jawa tengah yang dipanggil Pulau Bawean. Di situ terdapat ramai puak atau ektik seperti puak boyan, madura ataupun jawa. Di negeri semenanjung malaysia seperti sabah, serawak dan brunai, masing mereka mempunyai puak atau eknik dan juga dialek atau bahasa yang berbeza. Sama juga dengan pulau bawean. Tapi untuk keturunan saya adalah dari keturunan bawean dan bercakap dengan bahasa nya sendiri yang dipanggil Bahasa Boyan. Bahasa boyan ini bila bercakap ia ada sedikit seakan-akan bahasa jawa, bugis dan banjar. cuma cara percakapan ada berlainan. Ada yang cara bercakap secara kasar atau ada bercakap secara lembut. seperti di Malaysia juga. Terdapat bermacam bahasa yang kita ketahui seperti bahasa negeri orang johor, bahasa orang negeri sembilan, bahasa negeri orang kelantan dan terengganu atau bahasa negeri orang perak, pinang atau kedah. Masing mereka mempunyai di aleknya tersendiri.

Jujur la saya cakap, walaupun saya mempunyai keturunan boyan dan keturunan jawa. Kami adik beradik tidak dibiasa kan bercakap dengan bahasa jawa atau bahasa boyan (Indonesia). Jadi, kami cuma tahu sedikit sahaja yang boleh kami paham. Sebab apa kami adik beradik tidak dibiasakan dengan bahasa itu, ayah kami keturunan jawa singapura dimana cuma atok sahaja orang jawa, nenek pula keturunan british dan keturunan emak saya pula mmg keturunan boyan "pure". Tapi antara kami sekeluarga, kami akan bercakap dalam bahasa malaysia (Bahasa Melayu). Jadi bila keluarga belah emak datang, kami akan bercakap dengan bahasa melayu sehinggakan mereka beritahu dengan emak "kenapa tidak diajar dengan bahasa boyan..". Kami sendiri pun tidak tahu kenapa emak tak mengajar kami adik beradik dengan bahasa keturunannya sendiri. Mungkin Dia rasa kami sudah lama duduk di Negara Malaysia ini. Walaupun kami adik beradik tidak tau bercakap dengan bahasa boyan tetapi kami masih paham apa yang mereka cakapkan cuma kami tidak tau untuk membalasnya semula. Tapi ape yang bestnya dengan bahasa keturunan ini, bila kita mengumpat atau ingin mengata seseorang, kita akan bercakap dengan bahasa keturunan kita sendiri. Baguskan kalau kita tau bahasa keturunan kita. Ok la sampai sini sahaja saya bercerita mengenai bahasa keturunan bawean. nanti saya akan bercerita pula mengenai makanan tempatan keturunan bawean.

Disini jugak saya ingin senaraikan beberapa bahasa jawa dan bahasa boyan yang saya tahu.

BAHASA BOYAN
Makan - ngakan
Sya syg awk - eson syg be'na
Sya - eson
Awk - be'na
Ayam - ajem
Akak - kakak
Adik - alik
Pmpoan - bebini
Ikan - cukok
Kepala - olo-olo
Saya boleh cakap boyan - eson bisa ngocak pebean
Rindu - kerong
Rindu sgt - kerong ungkoh
Rumah - bengko
Kaki - soko-soko
Telinga - kuping 
Mulut - colok
Anak dara - paraben
Cantik - agege
Rambut - ubuk
Bodoh - lodek
Sangat - ungkoh
Sedap - nyaman
Sayur - kengan
kawin - kabin
Apa/kenapa - arapa

BAHASA JAWA
siji - 1
loro - 2
telu - 3
papat - 4
limo - 5
Nenem - 6
pitu - 7
wolu - 8
songo - 9
sepoloh - 10

mangan - makan
ngombe/medang - minum
turu - tdo
tangi - bangun
kelon - peluk
dablek - x dgr cakap..hahaha
lungo - pergi
kangen - rindu
ambong - cium
nyong - saya
riko - anda/awak/sedara/sedari(bahasa hormat)
kowe - sama spt d atas tp agak kasar ckit
dulur - sanak saudara
arek - hendak
ngendi - mana
merono - ke sana
merene - ke sini
kabare - apa kabar
waras - sihat
edan/gemblong - gila/biol
seko - dari
ki - ni
gembluk - anjing..
celeng - babi
sumuk - bengang atau setaraf dgn nye..
sopo - sape..
cepak - dekat..
adoh - jauh..
klimis - tiptop kot..
wong - orang
adus - mandi..
yok - jom
emboh - entah
akeh/okeh/kebek - banyak
ngilindur - ngigau
piro - berapa
wes - sudah
ngiseng - buang air besar
ngantok - ngancik la hehe
aba'ng - warne merah
ngumah - rumah
wedok - pompuan
lanang - laki
bocah - budak
gedi - besar..
tuek - tua
konco/bater - kawan/sahabat
alon2 - pelan2
kapok/kawus - padan muke
nom - muda
ono - ade/have..
rondo - janda.....
ngisor - bawah
duwur - atas..
ngarep - depan
buri - belakang
bokong/silit - bontot
orak - tidak
iyok - betul
sikel - kaki
usil - tak reti dok diam
dolan - jalan2
ngapusi/ngapos - tipu/menipu
munggah - naik
medun - turun
jekok - amik
getak k - letakkan
lungo disek - pergi dulu
jaman biyek - zaman dulu
dengklang - kaki terencot2
tibo - jatuh
kepiye - mcm mane
gembeng - kuat nangis
ngences - keluar air liur time tido
nyeret - isap dadah
ngerten - baik
mabor - terbang
ke tek - monyet
manok - burung
arip - mengantok
untu - gigi
mu met - pening
endas - kepala
banter - laju kot
lindek - lambat
medi - hantu
ngapuro - maaf
pagi - isuk
petang - sore
malam - bengi
semua - kabeh
pakcik - paman
bersama/dengan - karo
makcik - bibik
menguap - sangap
Weteng - Perut 
Babat - Perut Lembu
Bajing - Tupai 
Gurem/Kemerki/Catak - Kutu 
Ngelih - Lapar 
Kese Ret - Tercekik 
Ngelak - Dahaga 
U Del - Pusat 
Sedolor - Sedara 
Nyonyot - Sedut 
Banyu - Air 
Ciblon - Mandi Beramai2 
Keset - Malas 
Jembut - Bulu Ari2 
Sangu - Wang Belanje 
Tembelek - Tahi Ayam 
Godong - Daun 
Gori - Buah Nangka 
Iwak - Ikan 
Bambung - Kumbang 
Iwak Kotok - Ikan Haruan 
Iwak Lele - Ikan Keli 
Tin Jeng - Pepatung
ngompol - kencing malam""

Saturday, 5 October 2013

Isu sabun 10kg murah dipasaran.

Salam 1 Malaysia,
Lama betul aku tak menaip kat blog GATAL TANGAN ni. Rasa nak berkarangan semula. Bukan apa, Asik sebok dengan bekerja sahaja. Kerja, kerja jugak amalan akhirat jangan dilupakan. Betul tak kawan-kawan.(senyum sahaja).. Rasa nya hari ini aku nak bercerita serba sedikit mengenai isu yang hangat diperkatakan pada saat ini. Isunya adalah mengenai jualan sabun murah yang melanda di negara ini. Macam mana tak diperkarakan begitu, Jualan sabun untuk 10kg amat lah mura bagi setiap keperluan harian dirumah dimana harganya Lingkungan RM40.00 hingga RM45.00 setiap satu botol tetapi ada yang menjual dengan harga RM50.00. Disini aku nak cakap, aku pun jual jugak. (gelak besar)!!!. Bukan apa, pada aku berjualan sabun ni pendapatannya amat lumayan. Apa yang aku dengar, pendapatan untuk jualan sabun sahaja boleh mencecah RM5,000.00 hingga ke RM10,000.00 sebulan. kalau aku rajin menjualnya aku boleh menjadi seperti mereka yang telah berjaya. (Gelak sinis). Aku nak mencuba berjualan sabun di setiap pasar seperti pasar karat, pasar tani atau pasar malam. Rasanya tak perlu lah berjualan setiap malam. Hanya sekadar 3 Hari seminggu atau bila ada masa kelapangan baru aku pergi menjual. Rasanya berjualan disana boleh mendapatkan keuntungan yang lebih besar. Aku harap berjualan sabun ini akan berterusan tanpa hangat2 taik ayam. Aku pun ingin menjadi malam orang lain, ingin menjadi seorang yang kaya dan berjaya satu hari nanti. Aku ada cita-cita aku sendiri untuk menjadi ape yang aku mahukan. Buat masa ini aku masih mencari-cari apa yang aku mahukan. tapi aku merasakan cita-cita aku mcm dah nampak tp masih samar-samar lagi. Mungkin satu hari akan menjadi kenyataan. Amin!! Semoga doa ibu bapa mengiringin kejayaan anaknya. Amin ya rabbalalamin!!. Buat masa ini aku menjual sedikit dahulu seperti sabun untuk keperluan harian seperti Detergent, Downy (Detergent+Softener) dan softener. Harga yang aku jual tak la begitu tinggi. Pasal Aku sendiri paham kemampuan seseorang hingga tahap mana. Jadi harga yang aku jual Detergent RM 40.00 sebotol, Downy RM 40.00 sebotol dan Softener RM 43.00 sebotol. Jika ambil lebih tentu lah aku akan bg diskaun. Macam tak biasa membeli jerk. (Gelak-gelak). Untuk Maklumat lanjut boleh la add aku di facebook: https://www.facebook.com/DetergentLiquidShop

SENARAI SABUN 10KG

PENCUCI UNTUK KEGUNAAN SEISI KELUARGA
  1. Liquid detergent
  2. Dettol
  3. Softener
  4. Toilet bowl Cleaner
  5. Floor Cleaner
  6. Hand wash
  7. Ironing aid (Spray mengosok)
  8. Cloth stain remover
  9. Bleach (Clorox)
PENCUCI UNTUK DOBI/ LAUNDRY
  1. Liquid detergent
  2. softener
  3. P. Lotion
  4. Collar Spray
  5. Multi Clean (Dry Clean Chemical)
  6. Bleach (Clorox)
CAR WASH
  1. Tyre polish (Thin)
  2. Tyre polish (Thick)
  3. Car Shampoo (100 wax)
  4. Glass cleaner
  5. Cushion Cleaner
  6. Carpet Shampoo
  7. Dashboard polish
  8. Clean & Wax
PENGUSAHA KEDAI MAKAN
  1. Dish wash
  2. Hand wash
  3. Dettol pine gel
  4. Floor cleaner
  5. Multi purpose cleaner
  6. Glass cleaner
  7. Mosaic Cleaner
  8. Bleach (Clorox)
PENCUCI UNTUK SYARIKAT PERKIDMATAN PEMBERSIHAN
  1. Dish wash
  2. Hand wash
  3. Dettol pine gel
  4. Toilet bowl cleaner
  5. Toilet air freshner
  6. Multi purpose cleaner
  7. Glass cleaner
  8. Bleach (Clorox)

Gambar sabun yang aku jual.

Wednesday, 10 July 2013

Ramadhan oh Ramadhan..

Bulan ramadhan telah kembali lagi, alhamdulillah aku masih boleh menikmati bulan yang peruh rahmat dan suci. Aku harap aku akan hadapi semua ini dengan lebih tabah dan sabar. Dalam bulan ramadhan ini juga, aku harap dapat menyucikan diri dengan ikhlas dan tawakduk. 

Saturday, 23 March 2013

Hang out with my BFF...

Assalamualaikum,

Lama sungguh aku tak menulis kat sini. Terasa dah berapa bulan aku tak melayan blog aku ni. Aku terlalu busy nak mencari duit untuk mencapai cita-cita aku (Insya allah). Hari ini aku begitu gembira sekali kerana aku dapat keluar besama-sama, ketawa bersama-sama, bercerita dengan BFF aku. Aisha, timah aku hari ni happy sangat-sangat dapat kuar dengan korang. dah lame kita tak mcm ni kan. Aku dah anggap korang sume mcm family aku. Dapat gak kita keluar bersamakan. Perkara mcm ni kita tak perlu merancang, ape yang aku lihat. Kalau perkara tu dirancang tentu tak menjadi. Biar la ia tak dirancang. Macam ni la, benda tak dirancang mesti menjadi and happy sesama. Aku sentiasa sayang kat korang. Kita dah berkawan terlalu lame sejak dari sekolah tadika hinggalah kita dah abis belajar. Aku bersyukur dapat kawan mcm korang. Thanks korang jadi seorang kawan yang setia hingga akhir hayat. Korang yang mmg terbaik la.

















Thursday, 14 February 2013

Langkaweeee...

Assalamualaikum...

Lame kita tak bersuakan, kali ni aku nak bercerita tentang Pulau Langkawi. Bukan apa, dalam beberapa hari ni, aku baru pulang dari Pulau Langkawi. So aku nak bercerita serba sedikit ape yang menari di pulau langkawi. Aku ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam, disana aku menginap di satu apartment, yang diberi nama, KONDO ISTANA, Kuah, kedah. Di Pulau Langkawi memang seronok. Tapi dari pandangan sisi aku, tempatnya biasa sahaja seperti ditempat-tempat lain yang terdapat dimalaysia. Contohnya Melaka, Kelantan. Suasana nya sama sahaja, bermacam-macam jualan seperti souvenir, baju, topi dan bermacam-macam lagi.

Aktiviti untuk hari pertama, kami melakukan Island Hopping, dimana kami dibawa ke setiap pulau di Langkawi seperti Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Di Pulau Dayang Bunting, Tempatnya sangat menarik dan teruja kerana, pulau itu di liputi dengan air laut, dengan tidak disangka kan lagi, di pulau itusendiri didalamnya terdapat sebuah tasik. tasik tersebut mempunyai cerita dan mitos tersendiri seperti jika pasangan yang belum dikurniakan anak, maka meraka harus kesana untuk mandi dan minum sedikit airnya, insya allah dengan izin nya akan dikurniakan. itu hanya mitos, segala ketentuan hanya allah sahaja yang maha mengetahuinya. Untuk akhir aktiviti, hari pertama, Sebelah malamnya kami semua mengadakan makan malam di Pantai Cenang. Dalam suasana makan malam kami juga dihiburkan dengan persembahan setiap kumpulan seperti LEMBAGA BELANJA, LAYAN JERK, KEPOHCI dan BEDOK.

Aktiviti untuk hari kedua pula, kami ke beberapa tempat di Pulau Langkawi seperti, kilang gamat, cabel car, Idaman Suri dan pergi ke bazar malam. Kalau ke Pulau Langkawi, jangan ketinggalan melawat kilang gamat, rugi siapa yang ketinggalan pergi kesana. Amat teruja sekali. Hajat aku tercapai nak pegang kawah gamat yang mendidih. Tidak dinafikan lagi, memang tidak panas sekali bila dipegang, seperti tidak rasa apa-apa bila disentuh. Selain ke kilang gamat, aku ke cabel car. Tempat yang kedua yang harus pergi, rugi kalau tak pergi adalah cabel car, memang seronok sangat. Bak kata orang putih awesome!!. Dari kita pandang mmg tak begitu menakutkan, tapi apabila kita dah naik dan berada didalam cabel car, amat menakutkan sekali. Suasana pandangan dari atas begitu seram sekali apabila melihat kebawah. Begitu gayat sekali. Tapi aku begitu seronok sekali. Hirup udara segar dan sejuk sekali. Rasa mahu duduk di atas sahaja. Tak de bunyi deruman enjin kereta, hingar bingar kota, begitu aman sekali bila berada diatas. Memang seronok sekali. Destinasi ketiga pula, kami dibawa ke Underwater World di Pantai Cenang, tempat nya seperti Akuaria, Kuala Lumpur, tempatnya biasa-biasa sahaja, tak ada lah yang menarik sangat kerana tempat seperti ini sudah biasa dilalui, di mana-mana tempat ada. Tak perlu la cerita banyak sangat. Kita ke destinasi ke empat, kami dibawa ke shopping complex Idaman Suri, didalamnya terdapat jualan coklat yang murah-murah dan pinggan mangkuk. Aku begitu rambang mata bila melihat coklat. Untuk tidak membazir, aku ambil ape yang termampu sahaja. Bak kata saving. Mana taknya, kalau kesana tak membeli coklat, mmg tak sah. Dikira wajib membeli. Untuk destinasi terakhir, kami ke bazar yang terdapat di kuah, tempatnya seperti bazar karat. Pada pandangan aku, tempatnya biasa-biasa jugak, tak de la yang menarik sangat. Kerana di Johor Bahru ada jugak tempat seperti ini tetapi tempatnya hanya sampai pukul 12 sahaja kerana waktu itu sudah tiada orang yang berjalan-jalan di sana, sunyi sepi. Bazar ini jugak dipanggil Bazar Haji Ismail.

Hari terakhir, kami bersiap-siap untuk pulang ke JB. Kebetulan nak ke jeti untuk pulang ke JB, kami singgah ke Dataran Lang, Langkawi. Seronok bila ambil gambar mercu tanda bagi Pulau Langkawi iaitu BURUNG HELANG. Begitu besar burung helang nya. Rugi sapa yang tak pergi melawat Dataran Lang ni. Dalam perjalanan kami pulang ke JB, kami singgah sebentar di Pekan Rabu untuk bershopping lagi. Tempatnya sama seperti di Melaka, Pasar Payang, Terengganu, Kota Tinggi. Yang menjual barangan kampung seperti Ikan pekasam, kuah rojak, jeruk-jeruk, kuih, kerepek, dodol, pakaian, souvenir dan bermacam-macam lagi. Ni aku nak bercerita la, bagi aku la, apa yang menarik di Pulau Langkawi adalah pergi ke kilang gamat, menaiki cabel car, dan mencari coklat. Memang best sangat, rugi sapa yang tak pergi. Dikira zon bebas cukai. Kat bawah ni, aku "attach" kan gambar-gambar yang menarik ketika aku berada di Pulau Langkawi.













Saturday, 2 February 2013

Satu peringatan dengan setiap kejadian...

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirahim...

Pertama kali aku nak tulis kat sini. Aku cuma nak memperingatkan untuk diri aku. Selagi kita hidup dan bernyawa, kita perlu lah menghargai ape yang telah diberikan olehnya. Jangan sesekali sia-siakan ape yang ada dan berdoa dan bersyukur.

Setiap kejadian dimuka bumi ALLAH ini mesti ada hikmah dan pengajaran yang perlu kita ambil dari ape yang berlaku. Seperti ape yang telah berlaku pada sekeliling aku. Pada hari khamis pagi, aku telah mendapat satu berita kematian dari kawan baik aku, timah yang mengatakan kawan sekolah aku yang bernama Aizat, telah pergi menyahut seruan ilahi. Tuhan lebih menyayangi dia. Malam itu juga aku menziarahi ke rumah arwah. Arwah mmg dah lama sakit, penyakit yang selama dilaluinya adalah Kancer Tulang. Dan punca, arwah boleh kena penyakit itu adalah disebabkan hanya terjatuh, masya allah!! Hanya kerana terjatuh, boleh menyebabkan satu penyakit yang teruk sekali. Walaupun aku tidak mengenali rapat dengan arwah tetapi aku tetap turut berduka cita dengan ape yang telah berlalu. Ape yang aku tak boleh terima kenyataan, dia terlalu muda. Kehidupanya masih panjang tetapi dia telah pergi menyahut seruan ilahi. Tuhan lebih menyayangi dia. So kita kene perlu redha dengan ape yang telah ditetapkan oleh nya.

Dan pada waktu yang sama juga, hari yang sama. Aku terima satu lagi berita buruk dan menyayat hati aku. jiran aku memerangkap kawan baik aku di timpa musibah, dimana abang kesayangan dia telah mengalami kemalangan yang terul sehingga terperosok dibawah lori membawa ais. Mungkin ketika itu dia terlalu mengantuk sehingga dia hilang kawalan ketika menunggang motorsikal. Waktu itu dia mahu pulang kerumah dari tempat kerja nya di senai. Bila diberitahu, keadaanya begitu amat kritikal sangat sehinggakan usus nya pecah, kakinya patah begitu juga tangan nya. Aku mendengar amat sedih sekali. Dan bila aku melihat sendiri dibili ICU, ya allah mmg betul-betul amat menyayat hati aku. Hanya tuhan sahaja yang tau betapa aku begitu sedih bila melihat abang kawan baik aku terlantar di hospital dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku sendiri tak sanggup untuk melihatnya. Bila aku aku melihatnya, aku begitu sedih kerana aku membesar depan dia. Aku dah anggap dia seperti abang aku sendiri. Ya allah, kuatkan la semangat dia untuk terus hidup demi keluarga dan anak-anaknya.

Lagi sekali, aku telah menerima satu berita kematian daripada kawan sekolah aku, fuaad. Dimana adik dia telah mengalami kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian. Lagi sekali aku amat terkejut, kerana menerima lagi satu berita kematian. Tadi dia ada beritahu kat aku, hanya arwah itu sahaja tulang belakang dia untuk jaga keluarganya ketika ketiadaanya keluar bekerja. Tapi tuhan lebih menyayangi dia. Dia telah pergi menyahut seruat ilahi.

Saat ini aku bertanya pada diri aku, kenapa sejak kebelakangan ini aku terima berita mengenai kemalangan dan kematian. Apakah ini petanda yang aku harus bersedia untuk menghadapi kematian dan redha dengan ketentuanya yang tidak mengira usia, tempat dan masa. Ya allah sesunggunya aku ini manusia kerdil yang penuh dengan dosa, ampunkan lah segala dosa-dosa ku dari perbuatan ku yang sengaja atau tidak sengaja, ya allah. Aku tahu, dimana aku telah terlalu banyak melakukan dosa tetapi aku hanya manusia kerdil yang alpa dengan duniawi ini. Jika aku diberi kesempatan, aku mahu meninggal ketika aku telah bertaubat denganmu dari segala perbuatan yang telah aku lakukan sebelum ini.

Walaupun aku banyak melanggar ape yang dilarang olehmu, tetapi aku masih mengingati mu dan mengingati segala ajaranmu. Dan aku masih memegang agamaku dan peganganku. Ok lah, aku dah terlalu banyak bercerita disini. Apa yang aku menaip sini hanya satu peringatan untuk diri aku sendiri. Dengan dia kita dinyawakan, dengan dia juga lah kita dimatikan. Maka kita perlulah bersyukur dan redha dengan kehendaknya. Dan semoga ape yang terjadi ini dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman dan bersedia untuk menghadapi kematian satu hari nanti.

Wassalam...

Wednesday, 30 January 2013

Gatal Tangan...

Assalamualaikum..
Hi,

Lame benor aku tak menaip kat blog ni. Bukan apa buat beberapa hari ni fikiran aku bercelaru. Terlalu banyak aku fikirkan, sehingga kan aku hilang iman dan pedoman. Kalau di ikutkan hati dah lama aku kat dalam liang lahat. Tapi aku memikirkan banyak aspek, terpaksa ku pendam juga. Kerana banyak perkara perlu aku settlekan kat dunia ini.
Berbalik pada kerungsingan aku untuk beberapa hari ini. Pertama, aku memikirkan tentang jodoh. Ikutkan hati aku, aku dah malas nak fikir. Biar la hidup seorang diri, bebas dari kongkongan seorang lelaki yang tak boleh memahami diri aku ni. Tapi mak aku dah mendesak suruh berkahwin, tahun ini juga plak tu. Mane aku nak cari calon suami. Bukan apa, mana nak cari calon suami yang betul-betul menyayangi, memahami, baik hati dan romantik, lagi satu lupa, suami yang soleh. Kat mana nak cari?? Depan masjid?? ketika mereka keluar dari masjid. atau di shopping complek?? atau di taman rekreasi?? ketika mereka jogging atau melepak dengan kawan-kawan??. Aduh kusut kepala otak aku, sehingga kan aku boleh kurang ajar dengan mak aku. Aku tak nak jadi anak derhaka. Tidak!!.. Tidak!!..Tidak!!.. hmm, Lelaki sekarang ni, tau nak maki hamun, lepas tu panas baran, lagi satu kaki pukul. Aduh aku tak mau itu, menyeksa diri sendiri. Lagi pun aku nak kawin hanya sekali dalam seumur hidup aku. Melainkan ajal yang memisahkan aku dan dia. Adoi mak, berilah aku peluang dan masa untuk mencari calon suami yang betul-betul ikhlas terima aku.

Argh..Aku Sakit Otak!!!

Yang kedua, kehidupan aku, masa kerja aku, masa enjoy aku. Aku rasa hidup aku ni dah macam tak ada kehidupan. Mungkin kerana aku tiada kawan disini. Mana tak nya, kawan aku kebanyakkan yang dah kawin. So aku harapkan member-member kerja aku jerk la. Nak cari kawan baru, untuk zaman sekarang ini susah. Kawan suka-suka mmg ramai, ramai sangat. Tapi kawan time susah. Hampeh tol. batang hidung pun susah nak nampak. Kawan oh kawan. kenapa boleh jadi macam tu. Aku nak kehidupan aku yang dulu semasa aku kecil, semasa aku meningkat dewasa dan semasa aku meningkat remaja. Diwaktu itu terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang aku lalui. Bukan waktu sekarang ni. Yang banyak menyusahkan hidup aku. sehingga kan aku leh menjadi seorang manusia yang tiada iman dan tiada pedoman. Kalau tak difikirkan dosa, dah lama dah aku buat. Astagfirullahalazim!! jauh-jauhkan lah pada Berfikiran yang tak baik.

Sebenarnya dalam kehidupan kita ini terlalu banyak cabaran, rintangan dan dugaan yang datang pada setiap makhluk allah di muka bumi ini. Cuma kita sendiri yang perlu pandai mengatasi segala cabaran, rintangan dan dugaan yang mendatang. Kita kena pandai menempis segala anasir-anasir yang kurang baik di sekeliling kita. Dan kita juga, jangan lah terlalu meninggi diri sehingga menimbulkan perasaan yang kurang baik pada orang lain yang memandang kita. Kerana kehidupan kita, orang lain yang terbabit melalukan perkara dosa (Mengumpat, mengeji atau memaki). 

Ok lah, setakat ini aku menaip kat blog ni. Kalau ada story lagi aku bercerita kat sini lagi.