Saturday, 2 February 2013

Satu peringatan dengan setiap kejadian...

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirahim...

Pertama kali aku nak tulis kat sini. Aku cuma nak memperingatkan untuk diri aku. Selagi kita hidup dan bernyawa, kita perlu lah menghargai ape yang telah diberikan olehnya. Jangan sesekali sia-siakan ape yang ada dan berdoa dan bersyukur.

Setiap kejadian dimuka bumi ALLAH ini mesti ada hikmah dan pengajaran yang perlu kita ambil dari ape yang berlaku. Seperti ape yang telah berlaku pada sekeliling aku. Pada hari khamis pagi, aku telah mendapat satu berita kematian dari kawan baik aku, timah yang mengatakan kawan sekolah aku yang bernama Aizat, telah pergi menyahut seruan ilahi. Tuhan lebih menyayangi dia. Malam itu juga aku menziarahi ke rumah arwah. Arwah mmg dah lama sakit, penyakit yang selama dilaluinya adalah Kancer Tulang. Dan punca, arwah boleh kena penyakit itu adalah disebabkan hanya terjatuh, masya allah!! Hanya kerana terjatuh, boleh menyebabkan satu penyakit yang teruk sekali. Walaupun aku tidak mengenali rapat dengan arwah tetapi aku tetap turut berduka cita dengan ape yang telah berlalu. Ape yang aku tak boleh terima kenyataan, dia terlalu muda. Kehidupanya masih panjang tetapi dia telah pergi menyahut seruan ilahi. Tuhan lebih menyayangi dia. So kita kene perlu redha dengan ape yang telah ditetapkan oleh nya.

Dan pada waktu yang sama juga, hari yang sama. Aku terima satu lagi berita buruk dan menyayat hati aku. jiran aku memerangkap kawan baik aku di timpa musibah, dimana abang kesayangan dia telah mengalami kemalangan yang terul sehingga terperosok dibawah lori membawa ais. Mungkin ketika itu dia terlalu mengantuk sehingga dia hilang kawalan ketika menunggang motorsikal. Waktu itu dia mahu pulang kerumah dari tempat kerja nya di senai. Bila diberitahu, keadaanya begitu amat kritikal sangat sehinggakan usus nya pecah, kakinya patah begitu juga tangan nya. Aku mendengar amat sedih sekali. Dan bila aku melihat sendiri dibili ICU, ya allah mmg betul-betul amat menyayat hati aku. Hanya tuhan sahaja yang tau betapa aku begitu sedih bila melihat abang kawan baik aku terlantar di hospital dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku sendiri tak sanggup untuk melihatnya. Bila aku aku melihatnya, aku begitu sedih kerana aku membesar depan dia. Aku dah anggap dia seperti abang aku sendiri. Ya allah, kuatkan la semangat dia untuk terus hidup demi keluarga dan anak-anaknya.

Lagi sekali, aku telah menerima satu berita kematian daripada kawan sekolah aku, fuaad. Dimana adik dia telah mengalami kemalangan jalan raya sehingga menyebabkan kematian. Lagi sekali aku amat terkejut, kerana menerima lagi satu berita kematian. Tadi dia ada beritahu kat aku, hanya arwah itu sahaja tulang belakang dia untuk jaga keluarganya ketika ketiadaanya keluar bekerja. Tapi tuhan lebih menyayangi dia. Dia telah pergi menyahut seruat ilahi.

Saat ini aku bertanya pada diri aku, kenapa sejak kebelakangan ini aku terima berita mengenai kemalangan dan kematian. Apakah ini petanda yang aku harus bersedia untuk menghadapi kematian dan redha dengan ketentuanya yang tidak mengira usia, tempat dan masa. Ya allah sesunggunya aku ini manusia kerdil yang penuh dengan dosa, ampunkan lah segala dosa-dosa ku dari perbuatan ku yang sengaja atau tidak sengaja, ya allah. Aku tahu, dimana aku telah terlalu banyak melakukan dosa tetapi aku hanya manusia kerdil yang alpa dengan duniawi ini. Jika aku diberi kesempatan, aku mahu meninggal ketika aku telah bertaubat denganmu dari segala perbuatan yang telah aku lakukan sebelum ini.

Walaupun aku banyak melanggar ape yang dilarang olehmu, tetapi aku masih mengingati mu dan mengingati segala ajaranmu. Dan aku masih memegang agamaku dan peganganku. Ok lah, aku dah terlalu banyak bercerita disini. Apa yang aku menaip sini hanya satu peringatan untuk diri aku sendiri. Dengan dia kita dinyawakan, dengan dia juga lah kita dimatikan. Maka kita perlulah bersyukur dan redha dengan kehendaknya. Dan semoga ape yang terjadi ini dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman dan bersedia untuk menghadapi kematian satu hari nanti.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment