Di sini nak bercerita serba sedikit mengenai bahasa keturunan atau bahasa ibunda yang dibawa oleh orang-orang tua kita dahulu. Apa yang kita tahu skang ni seperti bahasa jawa, bahasa banjar, dan bahasa bugis. tak tahu la kalau ada bahasa-bahasa lain selain yang disenaraikan. Seperti keturunan saya sendiri terdiri dari keturunan jawa dan boyan (Indonesia). Kalau yang tak terbiasa dengan perkataan boyan tentu janggal bila menyebutnya kan. Ada sesetengah orang tidak tahu bahasa boyan datang dari negera mana. Disini saya ingin terangkan bahawa bahasa boyan datangnya dari Negara Indonesia di Bahagian jawa tengah yang dipanggil Pulau Bawean. Di situ terdapat ramai puak atau ektik seperti puak boyan, madura ataupun jawa. Di negeri semenanjung malaysia seperti sabah, serawak dan brunai, masing mereka mempunyai puak atau eknik dan juga dialek atau bahasa yang berbeza. Sama juga dengan pulau bawean. Tapi untuk keturunan saya adalah dari keturunan bawean dan bercakap dengan bahasa nya sendiri yang dipanggil Bahasa Boyan. Bahasa boyan ini bila bercakap ia ada sedikit seakan-akan bahasa jawa, bugis dan banjar. cuma cara percakapan ada berlainan. Ada yang cara bercakap secara kasar atau ada bercakap secara lembut. seperti di Malaysia juga. Terdapat bermacam bahasa yang kita ketahui seperti bahasa negeri orang johor, bahasa orang negeri sembilan, bahasa negeri orang kelantan dan terengganu atau bahasa negeri orang perak, pinang atau kedah. Masing mereka mempunyai di aleknya tersendiri.
Jujur la saya cakap, walaupun saya mempunyai keturunan boyan dan keturunan jawa. Kami adik beradik tidak dibiasa kan bercakap dengan bahasa jawa atau bahasa boyan (Indonesia). Jadi, kami cuma tahu sedikit sahaja yang boleh kami paham. Sebab apa kami adik beradik tidak dibiasakan dengan bahasa itu, ayah kami keturunan jawa singapura dimana cuma atok sahaja orang jawa, nenek pula keturunan british dan keturunan emak saya pula mmg keturunan boyan "pure". Tapi antara kami sekeluarga, kami akan bercakap dalam bahasa malaysia (Bahasa Melayu). Jadi bila keluarga belah emak datang, kami akan bercakap dengan bahasa melayu sehinggakan mereka beritahu dengan emak "kenapa tidak diajar dengan bahasa boyan..". Kami sendiri pun tidak tahu kenapa emak tak mengajar kami adik beradik dengan bahasa keturunannya sendiri. Mungkin Dia rasa kami sudah lama duduk di Negara Malaysia ini. Walaupun kami adik beradik tidak tau bercakap dengan bahasa boyan tetapi kami masih paham apa yang mereka cakapkan cuma kami tidak tau untuk membalasnya semula. Tapi ape yang bestnya dengan bahasa keturunan ini, bila kita mengumpat atau ingin mengata seseorang, kita akan bercakap dengan bahasa keturunan kita sendiri. Baguskan kalau kita tau bahasa keturunan kita. Ok la sampai sini sahaja saya bercerita mengenai bahasa keturunan bawean. nanti saya akan bercerita pula mengenai makanan tempatan keturunan bawean.