Sunday, 13 January 2013

Polkadot oh polkadot!!

Hari ini aku heppy gile pasal aku buat apam polkadot menjadi.. Happy gile2.. Tahap gaban gilenye.. Haha.. Mase ari tu aku buat tak menjadi sangat kerana tak de support untuk menjadikan die apam.. Cedih jgk dibuatnya.. Sob.. Sob.. Sob.. Tp kali ini aku buat menjadi.. Horray.. Aku leh jadi businesswomen yang berjaya (insya allah.. Satu hari nanti ye.. Akan termakbul jgk).. Kat bawah ni aku akan tunjukkan gambar apan yang sebelum dikukus dan apam yang sudah menjadi... Dan juga aku akan letak resepi cara untuk buat apam polkadot..

Cara-cara nak buat apam polkadot..

Bahan-bahan:
2 1/2 cawan - Tepung gandum
3 biji - Telur
3/4 cawan - Susu pekat
1 cawan - Gula halus
1 sudu kecil - Ovelatte
3 sudu kecil - Baking powder
1 sudu kecil - Esen vanilla
3 sudu kecil - pewarna (apa2 warna supaya dapat membezakan warna)
* Filling flavour (inti untuk apam polkadot) - perisa ikut rasa masing2
* Piping bag (untuk masukkan bahan diatas dan jugak inti apam polkadot)
* Acuan dan support untuk acuan

Cara-caranya:
1) Ambil gula halus, ovelatte dan telur dipukul rata dengan menggunakan mixer dengan kuasa sederhana sehingga bahan tersebut menjadi keputihan. Letak ketepi dahulu.
2) Ayak tepung gandum terlebih dahulu sebelum tepung gandum dimasukkan ke dalam bahan (1).
3) Masukkan esen dalam bahan (1) dan pukut rata. Dalam masa yang sama masukkan jugak susu pekat dan baking powder pukul sampai rata.
4) Baru lah masukkan tepung gamdum yang telah diayak terlebuh dahulu. ( make sure masukkan tepung sedikit demi sedikit supaya tepung tak berselerakan). Gaul sampai rata.
5) Selepas kesemua bahan dah sebati barulah masukkan pewarna.

**jika mahukan 2 warna, maka buatlah cara yang sama supaya bahan tersebut sama rata tanpa dibahagi dua**

Cara membuatnya:
1) Masukkan bahan diatas dan juga inti apam polkadot kedalam piping bag.
2) Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih dalam masa yang sama masukkan bahan dan inti apam kedalam acuan.
3) Selepas mendidih masukkan acuan yang telah dibuat kedalam periuk pengukus dan tunggu sehingga 15-20 minit dan selepas kemudian itu angkat dan sejukkan

**itu sahaja cara2 untuk membuat apam polkadot.. Dan selamat membuatnya..
**Dibawah adalah gambat sebelum dan selepas..

No comments:

Post a Comment