Wednesday, 30 January 2013

Gatal Tangan...

Assalamualaikum..
Hi,

Lame benor aku tak menaip kat blog ni. Bukan apa buat beberapa hari ni fikiran aku bercelaru. Terlalu banyak aku fikirkan, sehingga kan aku hilang iman dan pedoman. Kalau di ikutkan hati dah lama aku kat dalam liang lahat. Tapi aku memikirkan banyak aspek, terpaksa ku pendam juga. Kerana banyak perkara perlu aku settlekan kat dunia ini.
Berbalik pada kerungsingan aku untuk beberapa hari ini. Pertama, aku memikirkan tentang jodoh. Ikutkan hati aku, aku dah malas nak fikir. Biar la hidup seorang diri, bebas dari kongkongan seorang lelaki yang tak boleh memahami diri aku ni. Tapi mak aku dah mendesak suruh berkahwin, tahun ini juga plak tu. Mane aku nak cari calon suami. Bukan apa, mana nak cari calon suami yang betul-betul menyayangi, memahami, baik hati dan romantik, lagi satu lupa, suami yang soleh. Kat mana nak cari?? Depan masjid?? ketika mereka keluar dari masjid. atau di shopping complek?? atau di taman rekreasi?? ketika mereka jogging atau melepak dengan kawan-kawan??. Aduh kusut kepala otak aku, sehingga kan aku boleh kurang ajar dengan mak aku. Aku tak nak jadi anak derhaka. Tidak!!.. Tidak!!..Tidak!!.. hmm, Lelaki sekarang ni, tau nak maki hamun, lepas tu panas baran, lagi satu kaki pukul. Aduh aku tak mau itu, menyeksa diri sendiri. Lagi pun aku nak kawin hanya sekali dalam seumur hidup aku. Melainkan ajal yang memisahkan aku dan dia. Adoi mak, berilah aku peluang dan masa untuk mencari calon suami yang betul-betul ikhlas terima aku.

Argh..Aku Sakit Otak!!!

Yang kedua, kehidupan aku, masa kerja aku, masa enjoy aku. Aku rasa hidup aku ni dah macam tak ada kehidupan. Mungkin kerana aku tiada kawan disini. Mana tak nya, kawan aku kebanyakkan yang dah kawin. So aku harapkan member-member kerja aku jerk la. Nak cari kawan baru, untuk zaman sekarang ini susah. Kawan suka-suka mmg ramai, ramai sangat. Tapi kawan time susah. Hampeh tol. batang hidung pun susah nak nampak. Kawan oh kawan. kenapa boleh jadi macam tu. Aku nak kehidupan aku yang dulu semasa aku kecil, semasa aku meningkat dewasa dan semasa aku meningkat remaja. Diwaktu itu terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang aku lalui. Bukan waktu sekarang ni. Yang banyak menyusahkan hidup aku. sehingga kan aku leh menjadi seorang manusia yang tiada iman dan tiada pedoman. Kalau tak difikirkan dosa, dah lama dah aku buat. Astagfirullahalazim!! jauh-jauhkan lah pada Berfikiran yang tak baik.

Sebenarnya dalam kehidupan kita ini terlalu banyak cabaran, rintangan dan dugaan yang datang pada setiap makhluk allah di muka bumi ini. Cuma kita sendiri yang perlu pandai mengatasi segala cabaran, rintangan dan dugaan yang mendatang. Kita kena pandai menempis segala anasir-anasir yang kurang baik di sekeliling kita. Dan kita juga, jangan lah terlalu meninggi diri sehingga menimbulkan perasaan yang kurang baik pada orang lain yang memandang kita. Kerana kehidupan kita, orang lain yang terbabit melalukan perkara dosa (Mengumpat, mengeji atau memaki). 

Ok lah, setakat ini aku menaip kat blog ni. Kalau ada story lagi aku bercerita kat sini lagi. 

No comments:

Post a Comment