Saturday, 12 January 2013

Keletihan yang teramat...

Sejak company aku ade buat event, buat decoration. Badan aku terasa letih sangat sehinggakan mata aku pun menjadi kabur. Tak tau la disebabkan ape. Aku menjadi risau. Takut terjadi ape2 pada diri aku ni. Harap2 perkara yang tidak di ingini tak berlaku pada diri aku ni. Berbalik pada decoration, tiap decoration mesti balik pagi. Nasib antibody aku kuat. Jarang sakit, kalau dah sakit, susah nak baik. Sebabnya aku mls nak mkn ubat. Skang ni badan aku terasa sakit2. Nak minta urut agaknya. Ada sesiapa yang boleh urutkan badan aku. Aku dah keletihan, kepenatan dan kesakitan. Sob... Sob.. Sob.. Sungguh menyedihkan. Tp yang buat aku tertanya knape tiap kali decoration mesti panggil aku. Die tak tau ke aku dah keletihan tahap dewa. Ya allah, ya tuhanku, tolong lah aku supaya kuat hadapi semua ni. Kuat segala cabaran dan dugaan ni dan berilah aku kesihatan selalu. Amin!!.. Semalam 11/01/2013 - decoration di Galeria @ Kotaraya dah selesai. Cuma tinggal kat Plaza Angsana sahaja. Bila la nak abis decoration ni. Nanti pejam celik, pejam celik dah nak dekat raya plak.. Men"deco" lagi. Tentu aku jugak yang dipilihnya. Aku suke bos aku pilih.. Sebab die tgh cara kerja aku. Tp aku pun ade tahap kepenatan. Takkan setiap deco nak abiskan masa sampai keesokkan paginya. Trus tak larat dibuatnya. Nak buat mcm mane, kita ni cuma pekerja jerk. Hanya menjalankan tugas yang telah diberi. Dan kita ni hanya pekerja yang makan gaji sahaja. Terima lah hakikat ini ye wahai Cik Princess Eriyani Andriana (bukan nama sebenar)... Hehehe..

*kat bawah ni aku tunjukkan gambar yang company aku buat decoration untuk GALERIA@KOTARAYA.. (selamat menikmati)*..
Cuma satu jerk.. Pasal yang lain tak sempat nak ambil..

No comments:

Post a Comment